Analisis Kepercayaan Etnik Kadazandusun Sabah dalam Antologi Tangon

(An Analysis of the Kadzandusun Sabah Ethnic Beliefs in the Anthology Tangon)

Pengarang

Abstrak

Kehadiran kelompok pelbagai etnik di Sabah tidak menghalang hubungan komunikasi walaupun memiliki perbezaan agama, adat resam, bahasa sukuan, dan kepercayaan. Keunikan corak budaya hidup serta pegangan kepercayaan etnik Kadazandusun membuktikan kekuatan pengaruh peninggalan nenek moyang kepada generasi muda pada hari ini. Artikel bertujuan menyingkap unsur kepercayaan yang menjadi amalan etnik Kadazandusun dalam antologi cerpen Tangon. Cerpen dianalisis menggunakan pendekatan antropologi sastera sebagai satu cara meneliti pengekalan jati diri etnik peribumi masyarakat Kadazandusun di Sabah melalui unsur kepercayaan dan pengekalan fungsi bobolian dalam masyarakat tersebut. Hasil kajian mendapati pengarang di Sabah berjaya menerapkan dan mengekalkan unsur kepercayaan sebagai suatu identiti etnik Kadazandusun Sabah hingga hari ini.

Kata kunci: Tangon, Sabah, antropologi sastera, kepercayaan, Kadazandusun, bobolian, makhluk ghaib

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2019-01-11