Pemikiran Puteri Sa'dung dalam Hikayat Seri Kelantan
(Puteri Sa'dung's Thinking in Hikayat Seri Kelantan)
Abstrak
Artikel ini melihat pemikiran wanita Melayu menerusi tokoh Puteri Sa'dung dalam teks historiografi Hikayat Seri Kelantan (HSK). Aspek pemikirannya dianalisis menggunakan Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K), iaitu teori yang diketengahkan oleh Yusof Hasan. Paparan aspek pemikirannya jelas memperlihatkan pemikiran masyarakat Melayu tradisi, khususnya golongan wanita yang menggalas peranan sebagai pemerintah sesebuah kerajaan. Dapatan kajian membuktikan bahawa pemikiran bersepadu, iaitu pemikiran kerohanian, pemikiran kebitaraan, pemikiran kesaintifikan dan pemikiran kekreatifan hadir dalam karya ini, sekali gus menjelaskan wujudnya aspek pemikiran tokoh yang dikaji. Keempat-empat pemikiran tersebut memperlihatkan keistimewaan tokoh dari segi hubungannya dengan Allah SWT dan sesama manusia, serta kemahirannya menyelesaikan masalah. Teori SPB4K merupakan suatu pendekatan yang didapati sesuai untuk diaplikasikan terhadap teks tradisional.
Kata kunci: pemikiran wanita Melayu, Puteri Sa'dung, pemikiran bersepadu, Hikayat Seri Kelantan
