Analisis Wacana Budaya Kesetiaan dalam Hikayat Hang Tuah dan Terjemahannya dalam Bahasa China

Pengarang

  • Goh Sang Seong Universiti Sains Malaysia image/svg+xml
  • Zhao Ran School of South Asian and South East Asian Languages and Cultures, Yunnan Minzu University

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.18(1)no4

Abstrak

Hikayat Hang Tuah (HHT) ialah karya agung yang sarat mengandungi unsur budaya Melayu. Dalam HHT, kesetiaan ialah nilai yang signifikan dan teras dalam budaya Melayu. Lantaran itu, dalam konteks terjemahan keberkesanan terjemahan nilai ini amat penting bagi interaksi silang budaya antara budaya bahasa sumber dengan budaya bahasa sasaran. Untuk mengesan keberkesanan ini, kajian ini mengupas budaya nilai kesetiaan dalam HHT melalui perspektif terjemahan budaya dengan memanfaatkan Teori Analisis Wacana dan Laras Bahasa. Analisis terhadap wacana yang mengandungi budaya nilai kesetiaan yang dipaparkan melalui watak Hang Tuah daripada teks sumber bahasa Melayu (Hikayat Hang Tuah) kepada teks sasaran bahasa China (Hang Du A Chuan Qi) dilakukan berpandukan tiga aspek utama dalam laras bahasa, iaitu medan wacana, mod wacana dan tenor wacana. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penterjemah cenderung mengekalkan elemen-elemen penting dalam medan bahasa dan tenor bahasa, khususnya dalam aspek mod bahasa, penterjemah menterjemahkan bahasa istana kepada teks sasaran dengan menggunakan istilah pada zaman feudal China bagi mengekalkan hierarki dan kesopanan yang menjadi ciri budaya istana Melayu. Selain itu, penterjemah menggunakan istilah keagamaan dalam bentuk yang sesuai dengan konteks bahasa sasaran bagi memperkenalkan nilai kesetiaan Hang Tuah terhadap raja dan agama kepada pembaca bahasa sasaran. Usaha ini bukan sahaja memastikan budaya nilai kesetiaan Melayu terpelihara, malahan juga memupuk pemahaman interaksi silang budaya antara masyarakat Melayu dengan masyarakat di China.

Teks penuhPDF

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2025-01-27