Za'ba dan Rahsia Ejaan Jawi

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.17(2)no6

Abstrak

Makalah ini membentang dan membincangkan buku Za‘ba, Rahsia Ejaan Jawi (REJ), yang menghuraikan dengan terperinci sistem dan ciri-ciri tulisan Jawi, yakni dua aspek utama yang menjadi asas penggubalan kaedah mengeja perkataan bahasa Melayu apabila menggunakan tulisan ini. Sejarah lambang atau huruf Jawi dibincangkan berdasarkan kategori huruf asalnya dalam bahasa Arab, dan bersama-sama ini ialah kelainan lambang atau huruf dalam perkataan, dan dikenali sebagai alograf. Kesatuan lambang dan bunyi adalah penting dalam kaedah ini yang juga memelihara estetika tulisan Jawi. Terdapat beberapa “peringatan” yang disampaikan sebagai pedoman ejaan tulisan Jawi, antaranya ialah tidak menerapkan kaedah ejaan Rumi (sistem abjad) kerana tidak ada persamaannya dengan kaedah ejaan Jawi (sistem suku kata). Disebabkan pentingnya keselarasan ejaan Jawi bagi bahasa Melayu, maka Za‘ba juga mengingatkan supaya tidak mengubah ejaan yang sudah lama mantap, termasuklah kata pinjaman daripada bahasa Arab. Sekiranya perubahan diperlukan, maka pandangan masyarakat pengguna hendaklah diambil kira.

Teks penuhPDF

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2024-07-24