Pelancongan Naratif: Kajian Potensi Cerita Rakyat sebagai Sumber Pelancongan di Perak dan Sarawak

Pengarang

  • Mohamed Nazreen Shahul Hamid Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia.
  • Nadiatul Shakinah Abdul Rahman Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.
  • Rohaya Md. Ali Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.17(1)no4

Abstrak

Pada masa kini, industri pelancongan dilihat semakin berkembang, yang mana pelancongan budaya memainkan peranan tersendiri dalam menjana pendapatan sesebuah negara. Amalan pengunjung melancong ke lokasi tertentu untuk merasai dan mempelajari perbezaan budaya dikenali sebagai pelancongan budaya. Dalam pelancongan budaya, pengalaman naratif merupakan komponen penting bagi pelancong untuk menghargai tarikan utama, oleh itu, menjadikannya pelancongan naratif. Di Malaysia, pelancongan naratif masih kurang dikomersialkan, dan terdapat kajian yang terhad dalam bidang ini. Oleh itu, makalah ini membincangkan bagaimana pelancongan naratif boleh diterokai di dua destinasi pelancongan di Malaysia, iaitu Pulau Pangkor di Perak dan Gunung Santubong di Sarawak. Penelitian telah membuktikan bahawa tiada usaha membina untuk mengiktiraf naratif sebagai sumber pelancongan untuk Pulau Pangkor, khususnya, kisah pahlawan, Din Ketolok, dan beberapa monumen lain yang dipercayai membayangkan makna dan peristiwa tersendiri. Berbanding dengan Gunung Santubong, lokasi tersebut sudah mempunyai naratif yang signifikan yang mana kisah pertempuran antara Puteri Santubong dengan Sejinjang, yang akhirnya disumpah oleh Raja untuk menjadi gunung. Walau bagaimanapun, perjalanan hutan ke puncak gunung bukanlah laluan budaya dan hal ini mungkin akan mengecewakan pelancong yang berminat dengan laluan budaya. Namun, dengan ikhtiar dan usaha, boleh membuatkan laluan tersebut menjadi lebih luas diterokai dan menarik sebagai destinasi pelancongan naratif. Kajian ini menunjukkan bagaimana cerita boleh menjadikan kedua-dua lokasi destinasi tersebut sesuai untuk pelancongan naratif berkembang dalam pelancongan budaya, yang mana, pelancongan naratif memerlukan perhatian khusus daripada pihak berkuasa industri pelancongan.

Teks penuh: PDF

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2023-12-27