Pengamalan Adat Resam dalam kalangan Masyarakat Orang Asli Mah Meri Muslim di Tanjung Sepat, Banting, Selangor

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.18(1)no5

Abstrak

Adat resam merupakan suatu kebiasaan atau norma dalam sesebuah masyarakat yang diwarisi secara turun-temurun. Istilah adat resam meliputi pelbagai aspek kehidupan bermasyarakat yang membabitkan kepercayaan dan tingkah laku normatif yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Secara umumnya, pelaksanaan adat resam masih signifikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Hal ini disebabkan oleh budaya dan kepercayaan animisme yang masih melingkari komuniti Orang Asli. Namun begitu, apabila mereka bertukar pegangan dan kepercayaan daripada animisme kepada agama Islam, berlaku pergeseran kepercayaan yang memberikan impak kepada pengamalan adat resam Orang Asli Mah Meri yang asal. Oleh itu, makalah ini mengenal pasti adat resam yang masih diamalkan, menganalisis faktor adat resam ditinggalkan dan menghuraikan adaptasi adat resam dalam agama Islam dalam kalangan masyarakat orang Asli Mah Meri Muslim di Tanjung Sepat, Banting, Selangor sebagai asas perbahasan. Metodologi yang digunakan ialah kualitatif berbentuk etnografi. Kaedah temu bual dan pemerhatian ikut serta digunakan untuk mencapai objektif kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa masih terdapat amalan adat resam yang masih dijalankan atas faktor norma kebiasaan, namun tidak berkait dengan kepercayaan nenek moyang. Kebanyakan amalan yang telah ditinggalkan adalah kerana konsep kepercayaan beragama yang berbeza. Namun begitu, pengamalan sesetengah adat resam juga telah disesuaikan mengikut anutan agama. Kajian ini diharapkan dapat menjadi asas untuk pengkajian yang lebih mendalam pada masa akan datang.

Teks penuhPDF

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2025-01-27