Mandi Bunga: Suatu Penelitian Awal tentang Amalan dan Fungsinya dalam Masyarakat Melayu

Pengarang

  • Wan Hasmah Wan Teh Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.16(2)no5

Abstrak

Makalah ini membicarakan mandi bunga sebagai adat dan kepercayaan masyarakat Melayu. Umum mengetahui bahawa mandi bunga adalah adat yang dilakukan untuk mengeluarkan apa-apa perkara yang tidak selesa dari tubuh badan, mengelakkan gangguan roh-roh jahat, menaikkan semangat, persediaan untuk para pengantin baharu dan banyak lagi. Oleh itu, mandi dengan bunga tertentu merupakan tradisi budaya sama ada di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan negara serumpun lainnya. Kajian ini bertujuan untuk memberi pemahaman yang jelas tentang mandi bunga dan tujuannya dalam masyarakat Melayu khususnya. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual bersama seorang pengamal perubatan tradisional yang pernah dan masih mengendalikan adat mandi bunga melibatkan jenis-jenis bunga, kaedah penyediaan mandi bunga dan tujuan pelaksanaannya. Dapatan kajian mendapati mandi bunga mempunyai fahaman animisme, dinamisme dan Hindu-Buddha yang percaya kepada semangat dan roh. Amalan mandi bunga mempunyai pelbagai tujuan tertentu selain menaikkan seri pengantin, mandi bunga juga dilakukan untuk membuang nasib malang dan mendapatkan sesuatu hajat seperti mendapatkan ilmu hitam, kedudukan, memikat, dan memakai susuk.  Walau bagaimanapun adat mandi bunga ini tidak lagi popular dalam masyarakat Melayu kerana kebanyakannya telah berubah kepada mandi bunga yang bersifat komersial.

Teks penuh: PDF

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2023-07-05