Ilmu Diplomatik sebagai Pustaka Watan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional

Pengarang

  • Salmah Jan Noor Muhammad Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.16(1)no6

Abstrak

Manuskrip Melayu merupakan khazanah berharga yang mencatatkan rekod pemerintahan dan pentadbiran sesebuah kerajaan kesultanan Melayu. Menerusi catatan peristiwa tersebut, terdapat pelbagai ilmu yang dapat diselongkar sebagai pustaka watan. Pustaka watan ialah himpunan ilmu tempatan yang memberi kemaslahatan kepada masyarakat selain membuktikan ketinggian keintelektualan zaman silam yang dapat diwarisi. Antara ilmu yang dapat dikenal pasti ialah ilmu diplomatik. Ilmu diplomatik ialah pengetahuan tentang pengurusan hal ehwal hubungan antarabangsa sesebuah kerajaan. Perkembangan pengurusan serta pengukuhan kestabilan pemerintahan kesultanan Melayu adalah bersandarkan cetusan hubungan ini. Kepelbagaian perkongsian sumber organisasi dan bahan semula jadi menjadikan hubungan antara dua atau lebih kerajaan menjadi akrab dan dapat membina hubungan atas dasar percaya dan keyakinan masing-masing. Namun demikian, ilmu diplomatik sebagai pustaka watan masih lagi belum berkembang kajiannya. Oleh itu, makalah ini akan menghuraikan serta menganalisis ilmu diplomatik sebagai pustaka watan dengan menggunakan Hikayat Merong Mahawangsa sebagai bahan perbincangan. Dalam pada itu, kaedah kepustakaan dan juga analisis teks digunakan untuk mencapai objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya terdapat bentuk dan juga kaedah pengendalian ilmu diplomatik sebagai pustaka watan menerusi naskhah terpilih. Kajian ini dapat menyumbangkan pengetahuan kepada pengkaji bidang lain yang berkaitan agar memanfaatkan data yang telah direkodkan oleh para ilmuwan terdahulu dalam manuskrip Melayu.

Teks penuhPDF

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2022-12-13