Analisis Kesalahan Bahasa dalam Karangan Bahasa Melayu Pelajar Menengah Bawah di Negara Brunei Darussalam

Pengarang

  • Wafiqah Asnola Mahasiswa UBD
  • Elmy Maswandi Universiti Brunei Darussalam image/svg+xml
  • Zulfadzlee Zulkiflee Universiti Brunei Darussalam image/svg+xml

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.15(2)no6

Abstrak

Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti kesalahan bahasa dari aspek morfologi, semantik dan ortografi dalam penulisan karangan pelajar menengah bawah di Negara Brunei Darussalam (NBD). Pendekatan analisis yang digunakan ialah Taksonomi Kategori Linguistik (TKL) yang diperkenalkan oleh Burt, Dulay dan Krashen (1982). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk mengenal pasti kesalahan dan jumlah kekerapan kesalahan bahasa yang ditemukan. Sebanyak tiga sampel karangan dipilih secara rawak daripada tugasan pelajar menengah bawah yang dikumpulkan dari sekolah berlainan di daerah Brunei Muara, NBD. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 104 kesalahan bahasa. Kesalahan aspek ortografi ialah kesalahan yang paling kerap dilakukan (73%), diikuti oleh kesalahan morfologi (25%) dan kesalahan semantik (2%). Antara kesalahan yang paling banyak ditemukan termasuklah kesalahan penggunaan huruf besar dan huruf kecil, kesalahan penggunaan tanda baca, kesalahan penggunaan kata yang dipengaruhi oleh bahasa ibunda dan bahasa asing dan kesalahan penggunaan imbuhan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar masih lemah dalam penguasaan rumus tatabahasa yang betul dan belum dapat menguasai tatabahasa. Sebagai saranan, pengajaran dan latihan intensif perlu diterapkan kepada pelajar. Di samping itu, guru juga perlu mengambil pelbagai inisiatif yang kreatif sebagai teknik pengajaran yang berkesan. 

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2022-07-01