Simbol "Jantan Positif" dalam Ungkapan Melayu Tenas Effendy dari Gagasan Kritikan Melayu S. Othman Kelantan

("Jantan" as a Positive Symbol in Tenas Effendy's Ungkapan Melayu According to S. Othman Kelantan's Malay Criticism Framework)

Pengarang

  • Noor Hasnah Adam Ministry of Education, Singapore
  • Norhayati Ab. Rahman Universiti Malaya image/svg+xml

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.14(1)no6

Abstrak

Artikel ini membincangkan simbol jantan positif yang terdapat dalam ungkapan Melayu. Ungkapan Melayu untuk kata "jantan" yang terpilih ini terkandung dalam buku Ungkapan Melayu - Pemahaman dan Permasalahannya oleh Tenas Effendy. Ungkapan Melayu merupakan kumpulan puisi lisan. Fokus penulisan hanya pada simbol jantan positif. Perbincangan bersandarkan Gagasan Kritikan Melayu oleh s. Othman Kelantan yang mengandungi 10 gagasan prinsip. Makna siratan simbol jantan dikupas untuk memperlihatkan pemikiran masyarakat Melayu yang menggunakan ungkapan ini. Artikel ini juga mencirikan setiap ciri "jantan positif" yang terakam dalam buku ini. Ungkapan Melayu yang dikaji dapat membongkar budaya pemikiran masyarakatnya secara tersirat, sekali gus menelusuri serta memanfaatkan ilmu pengetahuan daripada khazanah bangsa Melayu ini. Kajian tentang "jantan positif" ini penting untuk menganalisis sudut pandangan dunia masyarakat Melayu dalam sastera lisan yang disampaikan secara tersurat dan tersirat melalui penggunaan lambang dalam ungkapannya.

Kata kunci: simbol, jantan, ungkapan Melayu, makna siratan, Gagasan Kritikan Melayu

Biografi Pengarang

  • Noor Hasnah Adam, Ministry of Education, Singapore

    Ministry of Education, singapore.

  • Norhayati Ab. Rahman, Universiti Malaya

    Jabatan sastera, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2021-01-01