Pengaruh Teks Perantara dalam Terjemahan Tidak Langsung kepada Bahasa Melayu

(The Influence of the Intermediary Text in Indirect Translation into Malay)

Pengarang

  • Intan Suraya Zainol Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.
  • Haslina Haroon Universiti Sains Malaysia image/svg+xml

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.14(2)no5

Abstrak

Terjemahan tidak langsung ialah karya terjemahan yang dihasilkan bukan secara langsung daripada teks sumber tetapi secara tidak langsung dengan menggunakan teks perantara. Disebabkan hal ini, timbul kekhuatiran akan wujud perbezaan antara teks terjemahan tidak langsung dengan teks sumber asal. Dengan mengambil kira hal ini, kajian meneliti pengaruh teks perantara dalam terjemahan tidak langsung kepada bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan teks terjemahan tidak langsung dalam bahasa Melayu bertajuk Nurani Tanah Melayu, teks perantara dalam bahasa Inggeris bertajuk The Soul of Malaya dan teks sumber dalam bahasa Perancis bertajuk Malaisie. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk meneliti sama ada penggunaan teks perantara bahasa Inggeris dalam terjemahan tidak langsung kepada bahasa Melayu mempunyai kesan terhadap teks terjemahan, iaitu dari segi kesetiaannya pada kandungan teks sumber asal dalam bahasa Perancis. Perbandingan dilakukan antara teks sumber, teks perantara dan teks terjemahan. Kajian ini mendapati bahawa dalam beberapa kes, perbezaan antara teks terjemahan dan teks sumber asal sememangnya timbul dalam terjemahan tidak langsung. Perbezaan ini wujud dalam bentuk penambahan, pengguguran dan pindaan. Walau bagaimanapun, perbezaan yang berlaku bukan disebabkan pengunaan teks perantara semata-mata tetapi juga disebabkan penyesuaian yang dilakukan oleh penterjemah sendiri.

Kata kunci: Terjemahan tidak langsung, Nurani Tanah Melayu, teks perantara, penyesuaian dalam terjemahan, kesan terjemahan

Biografi Pengarang

  • Haslina Haroon, Universiti Sains Malaysia

    Haslina Haroon merupakan Prof. Madya di Bahagian Pengajian Penterjemahan dan Interpretasi di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2021-07-02