Nilai Spiritual dalam Pemikiran Za'ba

(Spiritual Value in Za'ba Thought)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.14(1)no7

Abstrak

Za'ba, atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad bukan sekadar pendeta dan pemikir yang mempunyai mata hati yang tajam, malahan beliau juga merupakan seorang guru spiritual. Hal ini berdasarkan pemikiran beliau yang menyerlahkan makna, tujuan dan nilai hidup yang seharusnya dimiliki oleh setiap manusia yang bergelar Melayu Muslim. sumbangan beliau kepada masyarakat Melayu sukar ditandingi. Beliau sangat menitikberatkan penghayatan Islam secara menyeluruh dengan memberikan penekanan kepada kesungguhan untuk menggunakan dunia demi kebahagiaan hidup di akhirat. Bagi Za'ba kesalahan dalam berfikir telah menjurus kepada kelemahan dalam membuat sesuatu keputusan dan seterusnya tindakan. Pemikirannya mendahului zaman. Tulisan beliau telah berusia hampir 70 tahun, seperti yang terdapat dalam majalah Qalam yang telah diterbitkan pada 1952, namun inti pati dan topik perbincangannya masih segar dan kekal relevan sehingga ke hari ini. Kesungguhannya memastikan pola pemikiran bangsa Melayu berada pada landasan yang betul lagi benar, seperti yang dianjurkan dalam agama islam amat jelas kelihatan dalam tulisan beliau. sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk meneliti dan menganalisis nilai spiritual Za'ba yang terdapat dalam pemikiran melalui tulisannya.

Kata Kunci: Za'ba, spiritualiti, pemikiran, melayu, makna, nilai hidup

Biografi Pengarang

  • Ratna Roshida Ab Razak, Universiti Putra Malaysia

    Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2021-01-01