Pola Sebutan Monoftong Bahasa Jerman oleh Penutur Bahasa Melayu
(The Pronunciation Patterns of German Monophthongs among Malay Speakers)
DOI:
https://doi.org/10.37052/jm.13(2)no3Abstrak
Kajian ini tertumpu pada sebutan monoftong bahasa Jerman (B3) oleh penutur Melayu. Aspek yang dilihat ialah perbandingan cara sebutan monoftong B3 dengan sebutan monoftong bahasa Melayu Standard (B1) dan bahasa Inggeris (B2). Tujuannya untuk menilai jika terdapat persamaan dari segi sebutan monoftong yang hampir sama. Seramai 10 orang penutur perempuan berbangsa Melayu yang sedang mempelajari B3 telah membaca ayat yang mengandungi perkataan dengan monoftong sasaran dalam konteks /bVd/ dan /bVt/ bagi ketiga-tiga bahasa. Kesemua penutur juga mampu berbahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Berdasarkan model kekerapan forman, forman pertama (F1) dan kedua (F2) monoftong sasaran telah diukur. Durasi monoftong sasaran turut diukur. Taburan plot daripada monoftong yang setara antara tiga bahasa (B3, B1 & B2) turut dinilai dalam konteks pemerolehan B3. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penutur cenderung untuk menghasilkan monoftong yang setara dengan ciri-ciri akustik yang sama semasa menghasilkan sebutan monoftong "baharu" B3 dengan vokal dari B1 atau B2 yang hampir. Hasil kajian ini dijangka mampu menyumbang kepada kajian pemerolehan B3.
Kata kunci: monoftong, pembelajaran bahasa ketiga, bahasa Jerman, bahasa Melayu, bahasa Inggeris
