Logik Buddha Zaman Srivijaya dan Dampaknya dalam Pantun Melayu
(Srivijayan Buddhist Logic and Its Impact on the Malay Pantun)
Abstrak
Makalah ini bertujuan untuk mengesan hubung kait antara logik Buddha dengan pembentukan pantun Melayu menjelang penghujung kurun ketujuh. Pengesanan teoretikal berdasarkan catatan Yi Jing (635 M-713 M) menunjukkan bahawa kedua-dua masyarakat umum dan Buddha Srivijaya sudah biasa dengan karya bergenre gātha (गाथ) yang terdiri daripada empat baris, dan penaakulan Buddha ala Dharmakīrti (aktif 600 M-650 M) yang terdiri daripada dua unit serangkap, iaitu tesis dan alasan. Pengesanan amali pula berdasarkan karya Srivijaya, iaitu Hastadaņda Śāstra (oleh Śakyakīrti, sebelum 693 M) telah menunjukkan antara dua rangkap gātha berbaris empatnya adalah berangkap dua unit yang berkesamaan makna sekali gus menyerupai pantun (selain perimaan) yang kita kenali sekarang. Dengan erti kata yang ringkas, masyarakat Srivijaya sudah bergātha menjelang penghujung kurun ke-7 (kalau belum lagi berpantun) atas tradisi genre dan logik Buddha yang dipercayai telah memberikan kesan pencirian terhadap pantun berbaris empat dan berangkap dua daripada pembayang dan pemaksud.
Kata kunci: logik, Buddha, Srivijaya, Pantun, Melayu
