Eksperimen Kesan Guna: Identifikasi Fungsi Alat Repeh Masyarakat Awal Paleolitik Tingkayu, Sabah

(Use-Wear Experiment: Identifying the Functions of Palaeolithic People's Flake Tools in Tingkayu, Sabah)

Pengarang

Abstrak

Budaya material arkeologi yang juga dikenali sebagai artifak merupakan warisan budaya ketara. Pada Zaman Paleolitik, budaya material yang biasanya ditemui ialah artifak batu. Artifak batu ini terdiri daripada peralatan, alat dan sisa kerja. Salah satu daripada tumpuan dalam kajian artifak batu adalah untuk menentukan fungsinya. Penentuan fungsi alat batu boleh dilakukan melalui kaedah eksperimen. Hasil eksperimen tersebut akan dibandingkan dengan artifak alat batu. Hasil atribut eksperimen menjadi indikator terhadap artifak alat batu tentang fungsinya. Hasil analisis ini telah menunjukkan fungsi alat repih Tingkayu digunakan untuk aktiviti seperti menggergaji, meraut dan menggerudi. Secara tidak langsung, analisis ini menyumbangkan maklumat dari segi fungsi budaya material masyarakat Paleolitik dan turut mengukuhkan serta menambahkan data kesan guna alat repih di Malaysia, mahupun di Asia Tenggara.

Kata Kunci: Eksperimen, Paleolitik, fungsi, kesan guna, Tingkayu, alat repih

Biografi Pengarang

  • Siti Khairani Abd Jalil, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Penyelidikan Arkeologi Global

  • Jeffrey Abdullah, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Penyelidikan Arkeologi Global

  • Velat Bujeng, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Penyelidikan Arkeologi Global

  • Mokhtar Saidin, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Penyelidikan Arkeologi Global

  • Peter Molijol, Bahagian Arkeologi, Jabatan Muzium Sabah

    Pusat Penyelidikan Arkeologi Global

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2019-07-04