Minoriti Melayu Ayuthia dan Patani dalam Domain Keluarga, Bahasa, Budaya, Pendidikan, Pekerjaan, Sosial dan Politik

(Family, Language, Culture, Employment, Society And Politics In The Malay Minority Of Ayuthia And Pattani)

Pengarang

Abstrak

Makalah ini bertujuan mengkaji tahap pencapaian minoriti Melayu Ayuthia dan Patani di Thailand dalam domain keluarga, bahasa, budaya, pendidikan, pekerjaan, sosial dan politik. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah pensampelan rawak. Para penyelidik melawat setiap minoriti dan memilih sebilangan responden secara rawak, dan pengumpulan data dilakukan menggunakan borang soal selidik yang telah disediakan. Responden terdiri daripada keluarga Melayu Islam dalam setiap minoriti tersebut. Kawasan kajian ialah perkampungan Baan Phom di Ayuthia dan Kampung Kuwing di Patani. Kajian ini telah mengambil masa selama satu tahun (Januari hingga Disember 2011) bermula daripada penyediaan borang soal selidik sehingga laporan akhir. Dapatan kajian menunjukkan minoriti Melayu Patani jauh lebih baik berbanding dengan Melayu Ayuthia dalam semua domain. Masyarakat Islam Ayuthia telah hilang kemelayuannya, tiada lagi bahasa dan budaya.

Kata kunci: minoriti Melayu, Ayuthia, Patani, keluarga, bahasa, budaya, pendidikan, pekerjaan, sosial, politik

Biografi Pengarang

  • Muhammad Rozi Malim, Universiti Teknologi MARA

    Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)

  • Mohd Sazili Shahibi, Universiti Teknologi MARA

    Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)

  • Samsudin Wahab, Universiti Teknologi MARA

    Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)

  • Hasan Abdullah, Universiti Teknologi MARA

    Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)

  • Mat @ Muhammad Yusoff, Universiti Teknologi MARA

    Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2013-01-01