Tari Ritual Kuda Kepang Mabuk: Inisiasi Simbolik Perjalanan Mistik

(The Kuda Kepang Mabuk Ritual Dance: Symbolic Intitiation into a Mystical Journey)

Pengarang

Abstrak

Makalah ini meneroka tari ritual Kuda Kepang Mabuk (KKM) untuk melihat fenomena trance (mabuk) sebagai manifestasi simbolik perjalanan mistik para penari sewaktu melakukan persembahan. Kajian dilakukan dengan kaedah kualitatif melalui aplikasi strategi etnografi yang menumpu pada hubungan antara tingkah laku dan budaya. Konsep homo religiosus mengikut teori Mircea Eliade diaplikasikan untuk membuktikan bahawa manusia masih belum sempurna sepenuhnya sewaktu dilahirkan. Mengikut teori ini, manusia perlu mengalami upacara inisiasi yang bertujuan untuk mengubah status agama dan sosial seseorang dan seterusnya mengalami perubahan dalam kewujudannya di dunia ini. Kajian mendapati bahawa peranan mabuk dalam ritual ini mempunyai hubungan yang kuat dengan alam ghaib (metafizik) yang melalui beberapa tingkat inisiasi. Penemuan ini menunjukkan bahawa tari ritual KKM masih signifikan dengan konteks masyarakat pengamal kini ekoran kepercayaan mereka terhadap proses inisiasi walaupun telah berbaur dengan pelbagai pengaruh keagamaan.

Kata kunci: ritual, mistik, Kuda Kepang Mabuk, mabuk, inisiasi

Biografi Pengarang

  • Mohd Kipli Abdul Rahman, Universiti Pendidikan Sultan Idris

    Fakulti Muzik dan Seni Persembahan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2013-07-01