Amalan Tabu Suku Mah Meri Tanjung Sepat, Banting Selangor
(Traditions and Taboos of the Mah Meri Tribe of Tanjung Sepat, Banting, Selangor)
Abstrak
Kajian ini bertujuan menghuraikan beberapa aspek dalam amalan tabu masyarakat Mah Meri Tanjung Sepat. Aspek tersebut merangkumi perkahwinan, kematian, kelahiran dan pekerjaan. Bersandarkan pendekatan kualitatif, data dikumpulkan menggunakan kaedah temu bual secara mendalam. Selain itu, data hasil analisis kandungan turut digunakan sebagai sokongan. Dapatan kajian ini mendapati amalan tabu dalam kalangan masyarakat Mah Meri masih dipertahankan. Amalan ini didapati berkait rapat dengan kepercayaan nenek moyang masyarakat tersebut dan diturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain bagi memastikan kelangsungan amalan tersebut dalam kehidupan komuniti. Yang lebih utama, amalan ini diamalkan demi mempertahankan tradisi asli masyarakat Mah Meri yang terkenal dengan nilai jati diri yang tinggi. Hasil kajian ini bukan sahaja dapat memberikan pencerahan berkaitan adat dan tradisi masyarakat Mah Meri, malah memberikan satu lagi sumbangan dalam kosa ilmu kemasyarakatan rumpun Melayu.
Kata kunci: tabu, tradisi, adat, Mah Meri, perkahwinan, kelahiran, kematian, pekerjaan
