Pemodenan Masyarakat Peneroka Felda Semarak, Jengka 15 Pahang

(The Modernization of the Settlers of Felda Semarak Jengka 15 in Pahang)

Pengarang

Abstrak

Perbincangan mengenai pemodenan sering dikaitkan dengan perubahan nilai. Di Barat, modenisasi dikaitkan dengan keterbukaan masyarakatnya menerima perubahan dari aspek pemikiran dan kesediaan meliberalkan nilai tradisional. Wacana pemodenan Melayu juga tidak terlepas daripada menyentuh isu anjakan nilai. Pada satu pihak, terdapat stigma untuk mengekalkan nilai tradisional dalam usaha pembangunan dan pemodenan, dan pada satu pihak yang lain nilai tradisional dianggap perlu bagi jati diri dan identiti budaya, maka wujudlah suatu dilema. Dengan mengambil model pemodenan Melayu luar bandar oleh FELDA sebagai kajian kes, makalah ini akan mengupas isu pemodenan Melayu dengan membentangkan satu perspektif berdasarkan konsepĀ "kemodenan pelbagai" yang mencadangkan modenisasi sebagai sesuatu yang boleh mengambil pelbagai bentuk. Idea ini bertentangan dengan teori modenisasi konvensional oleh Marx, Durkheim atau Weber yang menganggap pemodenan sesuatu masyarakat perlu mengikut perubahan dan perkembangan sepertimana yang telah berlaku di Barat. Penulis berpandangan bahawa pemodenan masyarakat Melayu mengambil bentuk berbeza daripada konteks pemodenan Barat kerana setiap masyarakat tidak berdiri secara vakum malah mempunyai struktur institusi sosialnya yang tersendiri dan perlu dihormati.

Kata kunci: pembangunan, pemodenan Melayu, nilai, sikap, modenisasi konvensional, kemodenan pelbagai

Biografi Pengarang

  • Mohd Zufri Mamat, Universiti Malaya

    Fakulti Sains

  • Mohd Hazim Shah Abd. Murad, Universiti Malaya

    Fakulti Sains

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2014-01-01