Pantang Larang dalam Kalangan Orang Melayu: Analisis dari Perspektif Teori SPB4KPantang Larang dalam Kalangan Orang Melayu: Analisis dari Perspektif Teori SPB4K

(Analysing Malay Taboos from the Perspective of SPB4K Theory)

Pengarang

Abstrak

Pantang larang ialah larangan atau tegahan terhadap perbuatan atau percakapan bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Makalah ini mengupas segala pantang larang orang Melayu yang masih relevan dan patut diamalkan dari perspektif Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) melalui empat aspek, iaitu pemikiran kerohanian, kebitaraan, kesaintifikan dan kekreatifan. Pemikiran kerohanian berkaitan dengan keimanan dan ketaqwaan, hubungan manusia dengan Yang Maha Pencipta, sebagai hamba (hablumminallah) dan hubungan manusia sesama manusia serta dengan makhluk yang lain sebagai khalifah (hablumminannas). Pemikiran kebitaraan mengkaji kebijaksanaan orang Melayu dalam mengungkapkan pantang larang untuk mendidik serta menerapkan nilai murni. Pemikiran kesaintifikan melihat logik dan kesaintifikan orang Melayu dahulu kala berkaitan dengan kejadian alam seperti hujan, guruh, serta hubungannya dengan manusia dan kaitannya dengan haiwan serta tumbuhan. Pemikiran kekreatifan pula melihat kekreatifan orang Melayu menyusun ayat dan perkataan dalam pantang larang ini sehinggakan anak cucu bimbang untuk melanggarnya malah menurutinya tanpa banyak bicara.

Kata kunci: pantang larang, keluhuran, kerohanian, kebitaraan, kekreatifan, kesaintifikan

Biografi Pengarang

  • Ani Haji Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris

    Fakulti Bahasa dan Pendidikan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2014-01-01