Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu, 1911 Dan Pengekalan Status Melayu Islam Terengganu

(The Law for the Self-Government of Terengganu, 1911 and the Maintaining of the Status of Malay Muslims in Terengganu)

Pengarang

Abstrak

Makalah ini bertujuan meneliti Undang-undang Tubuh (Perlembagaan) Negeri Terengganu atau dinamakan Undang-undang Tubuh bagi Diri Kerajaan Terengganu Nama rasminya Iqtan al-Muluk bi ta'dil al-suluk (Iqtanul Muluk). Penggubalan Iqtanul Muluk sebagai penegasan kedaulatan negara bangsa Terengganu dalam mengekalkan status Melayu Islam. Tujuan utama penggubalannya bagi mengukuhkan kedudukan raja dan agama Islam di negeri Terengganu daripada pengaruh British. Penulisan makalah ini dihasilkan melalui kaedah kepustakaan dengan mengumpul data berkaitan, seperti teks Undang-undang bagi Diri Kerajaan Terengganu, cap mohor di Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur dan cawangan negeri Terengganu serta Muzium Terengganu. Melalui kaedah sejarah, teks Itqanul Muluk ditelusuri dan dianalisis untuk melihat konsep penegasan kedaulatan negara bangsa Terengganu sehingga mampu mengekalkan status Melayu Islam di negeri itu. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati Itqanul Muluk menjadi benteng dalam mempertahankan dan menyelamatkan Terengganu daripada dikuasai oleh British sehingga status Melayuiyah dan Islamiyah yang terkandung di dalamnya masih kekal hingga ke hari ini.

Kata kunci: Undang-undang Tubuh (Perlembagaan) Negeri Terengganu, Melayuiyah, Islamiyah, perlembagaan negeri Islam, kerajaan Melayu Islam, pengaruh British

Biografi Pengarang

  • Nik Haslinda Nik Hussain, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2014-01-01