Asal Usul Melayu Sarawak: Menjejaki Titik Tak Pasti

(The Origins of Sarawak Malay: Tracking the Obscure Points)

Pengarang

Abstrak

Orang Melayu Sarawak bersifat kompleks. Orang Melayu Sarawak hasil daripada pelbagai proses dan perjalanan sejarah dan budaya, termasuk penghijrahan, asimilasi mutlak dan amalgamasi apabila mereka memeluk agama Islam. Tujuan makalah ini adalah untuk mengenal pasti asal usul bangsa Melayu di Sarawak. Terdapat empat pendapat tentang asal usul dan keturunan orang Melayu di Sarawak. Pertama, bangsa Melayu merupakan kaum asal dan peribumi Sarawak, dan bukannya pendatang dari daerah atau wilayah lain, sama seperti Melayu asal di Brunei, Sabah, Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia dan lain-lain. Kedua, bangsa Melayu dipercayai berasal dari kawasan Nusantara termasuk dari Jawa dan Sumatera. Ketiga, bangsa Melayu dikatakan berasal dari luar Nusantara, iaitu orang Arab yang mengasimilasikan dan mengamalgamasikan diri dengan kaum Melayu dan kaum lain. Keempat, kaum peribumi lain di Sarawak yang memeluk agama Islam dan mengasimilasikan diri secara mutlak sehingga identiti asal terhakis. Golongan ini merupakan kaum yang "masuk Melayu" sehingga beberapa kaum peribumi minoriti Sarawak dikatakan pupus kerana proses ini. Hakikatnya, meskipun terdapat Melayu asli dan peribumi asal Sarawak, Melayu Sarawak juga berasal dari luar Sarawak kesan daripada proses asimilasi dan amalgamasi kaum bukan Islam terhadap bumiputera Islam.

Kata kunci: Melayu Sarawak, Islam, asimilasi, hubungan etnik, peribumi

Biografi Pengarang

  • Jeniri Amir, Universiti Malaysia Sarawak

    Fakulti Sains Sosial

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2015-01-01