Perwatakan "Abdulkadir" dalam Dua Cerpen Thai: Suatu Perbandingan

(Abdulkadir Character in Two Thai's Short Stories: A Comparison)

Pengarang

  • Abdul Razak Panaemalae Universiti Walailak, Nakhon si Thammarat, Thailand

Abstrak

Makalah ini membincangkan secara perbandingan terhadap dua cerpen Thai. Cerpen pertama berjudul "Maew Haeng Bukit Krueso" (Kucing Bukit Krueso) oleh Kanokpong Songsompant. Cerpen kedua pula berjudul "Tawan Chon Saeng" (Mentari Memancar Sinar) oleh Narongrit Sagdaronnarong. Kedua-dua cerpen ini mempunyai persamaan dari segi tema dan watak. Tema yang diangkat oleh kedua-dua cerpen ini ialah konflik keganasan yang berlaku di daerah penempatan masyarakat Melayu Muslim selatan Thailand. Kedua-dua cerpen ini menampilkan watak Abdulkadir sebagai watak utama. Dengan tema dan watak yang sama namun cerpen ini diolah dan digarap dalam nada yang berbeza. Perbezaan yang nyata didapati dari segi perwatakan yang ditampilkan oleh kedua-dua cerpenis ini. Makalah ini menganalisis perwatakan Abdulkadir secara perbandingan dalam kedua-dua cerpen ini.

Kata kunci: Melayu Patani, selatan Thailand, konflik, keganasan, Abdulkadir, kajian perbandingan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2015-07-01