Prosedur Penterjemahan Alat Susastera dalam Teks Kesusasteraan Melayu ke dalam Bahasa Inggeris
(Procedures in the Translation into English of Literary Devices in Malay Literary Works)
Abstrak
Makalah ini bertujuan untuk meneliti prosedur yang digunakan dalam penterjemahan beberapa alat susastera dalam teks kesusasteraan Melayu ke bahasa Inggeris yang dipengaruhi oleh bahasa dan budaya penulis. Berdasarkan analisis, terdapat beberapa alat susastera yang dikenal pasti, iaitu (1) alusi, (2) dialek, (3) perbandingan, (4) aliterasi, dan (5) mainan kata. Kajian ini mendapati bahawa penterjemah mengaplikasikan beberapa prosedur seperti terjemahan literal, generalisasi, peminjaman, adaptasi, pengguguran dan penerangan untuk menangani penterjemahan alat susastera yang dikenal pasti. Masalah yang diketengahkan dalam makalah ini diharap dapat menjadikan penterjemah lebih peka kepada salah satu cabaran dalam penterjemahan teks kesusasteraan Melayu dan dapat menggalakkan penterjemah untuk menerokai pelbagai pendekatan yang dapat mengurangkan "kehilangan" yang berlaku dalam proses penterjemahan.
Kata kunci: alat susastera, kesusasteraan Melayu, prosedur terjemahan, bahasa, budaya
