Transformasi Masyarakat Melayu pada Zaman Prakolonial dan Kolonial: Dampak Islam terhadap Pendidikan Melayu

(The Transformation of Malay Society in Pre-Colonial and Colonial Times: The Impact of Islam on Malay Education)

Pengarang

Abstrak

Makalah ini membincangkan situasi berkaitan dengan Islam sebagai asas kepada proses transformasi dalam masyarakat Melayu pada zaman pra-kolonial dan colonial. Ia menganalisis proses sejarah yang mencorakkan kesinambungan dan perubahan dalam pendidikan Islam pada zaman tersebut. Oleh yang demikian, asas perbincangan adalah sepenuhnya berdasarkan kepada analisis sejarah. Satu kenyataan yang asas yang tidak boleh dinafikan ialah proses transformasi dalam masyarakat Melayu sebahagian besarnya telah dicorakkan oleh pengamalan Islam sebagai cara hidup. Faktor utama pula yang menyumbangkan kepada proses transformasi dalam kesemua masyarakat termasuk masyarakat Melayu secara umumnya ialah literasi atau celik huruf dan pendidikan. Kenyataan ini tersandar kepada kebenaran yang berdasarkan kepada konteks sejarah yang menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mula menunjukkan dampak yang ketara dalam ilmu pengetahuan dan nilai-nilai progresif setelah Islam menjadi agama massa dalam kalangan penduduk di kepulauan Melayu pada abad ke-15, 16 dan 17. Walaupun Islam telah berkembang pesat pada ketika itu, Pendidikan Islam itu sendiri masih belum berkembang sampai ke satu fenomena yang boleh dikatakan sebagai pendidikan massa dalam masyarakat Melayu. Malahan, pendidikan Islam hanya berkembang ke tahap pendidikan massa dalam masyarakat Melayu pada zaman kolonial pada akhir abad ke-19. Natijah ini disebabkan terdapatnya proses penambah baikan terhadap institusi pendidikan Islam itu sendiri yang didasarkan kepada penerapan nilai-nilai moden yang disesuaikan daripada orientasi barat. Sehubungan itu, boleh dikatakan bahawa hasil daripada penerapan orientasi barat ke dalam pendidikan Islam itu sendiri telah membawa perkembangan ke tahap pendidikan massa terutama sekali dalam aspek literasi.

Kata Kunci: transformasi, Melayu, Islam, pendidikan, pra-kolonial

Biografi Pengarang

  • A. Rahman Tang Abdullah, Universiti Malaysia Sabah

    Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2016-01-01