Pantun Kanak-kanak dari Perspektif Semiotik Riffaterre

(Children's Pantun from the Perspective Riffaterre's Semiotics)

Pengarang

Abstrak

Artikel ini menganalisis 20 kosa kata klasik dan 20 kosa kata moden menggunakan kaedah analisis konsep dan analisis makna berdasarkan 15 rangkap pantun kanak-kanak daripada Koleksi Pantun Kanak-kanak karya Mohamad Nazel Hisham. Teori Semiotik Riffaterre dilihat sesuai untuk menganalisis pantun kanak-kanak berdasarkan empat aspek pemaknaan, iaitu melihat pantun sebagai ekspresi tidak langsung; mengaplikasikan konsep pembacaan heuristik dan hermeneutik, serta hipogram. Hasil kajian mendapati pantun kanak-kanak mengandungi ekspresi puisi secara tidak langsung, struktur dan bentuk leksikal dan ayat dapat dilihat berdasarkan pembacaan heuristik, manakala mesej dan makna sebenar yang hendak disampaikan dapat dikesan menerusi pembacaan hermeneutik. Pengaplikasian aspek matriks (MAT), model (MOD) dan varian (VAR), serta penerapan unsur hipogram turut menjadikan proses pemaknaan pantun menjadi lebih lengkap. Penerapan keempat-empat aspek pemaknaan ini ternyata berjaya memberikan kefahaman kepada kanak-kanak untuk mentafsir makna tersurat dan mengurangkan kesukaran kanak-kanak untuk memahami mesej yang hendak disampaikan, sekali gus meningkatkan penguasaan bahasa Melayu yang betul.

Kata kunci: Pantun kanak-kanak, Semiotik Riffaterre, hipogram, heuristik dan hermeneutik.

Biografi Pengarang

  • Aida Qamariah Ishak, Universiti Malaya

    Akademi Pengajian Melayu

  • Salinah Ja'afar, Universiti Malaya

    Akademi Pengajian Melayu

  • Ahmad Ramizu Abdullah, Universiti Malaya

    Akademi Pengajian Melayu

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-01-01