Tabii Tanda Bahasa dari Kaca Mata Syeikh Ahmad al-Fathani: Suatu Gagasan Pemikiran

(Nature of Linguistic Sign Syeikh Ahmad al-Fathani)

Pengarang

Abstrak

Artikel ini membincangkan falsafah bahasa seorang ilmuwan besar alam Melayu, iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani tentang persoalan tabii tanda bahasa. Menerusi pendekatan historiografi linguistik dan pemeribumian ilmu, artikel cuba membuktikan Syeikh Ahmad mempunyai falsafah dan pemikiran tentang persoalan tabii tanda bahasa yang bitara dan canggih, serta sesuai dengan semangat zamannya. Antara gagasan pemikiran beliau termasuklah yang berkait dengan persoalan sifat tanda bahasa yang arbitrari dan bahasa sebagai ijmak penutur yang setara dengan idea bapa linguistik moden, iaitu Ferdinand de Saussure. Hasil kajian mendapati  Syeikh Ahmad wajar digolongkan sebagai bahasawan yang berpegang pada gagasan "tanda bahasa bersifat arbitrari" yang tidak menerima adanya hubungan alamiah antara tanda dengan petanda atau makna, yang sealiran dengan fahaman Basra dalam tradisi keilmuan Islam. Penemuan ini membuktikan bahawa hal tanda dan makna juga tidak asing di alam Melayu.

Kata kunci: Syeikh Ahmad al-Fathani, Ferdinand de Saussure, historiografi linguistik, historiografi linguistik Melayu, falsafah bahasa

Biografi Pengarang

  • Mohd Tarmizi Hasrah, Universiti Utara Malaysia

    Jabatan Bahasa Melayu kontemporari

    Lecturer

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2019-01-11