Metafora Kritikan dalam Mitos Peminangan Puteri Gunung Ledang: Analisis Pragmatik

(Criticism Metaphors in the Legend of the Marriage Proposal to Puteri Gunung Ledang: A Pragmatic Analysis)

Pengarang

Abstrak

Artikel ini memberikan fokus pada metafora kritikan yang disampaikan oleh pengarang tradisional terhadap sikap kepimpinan raja yang disampaikan melalui mitos Puteri Gunung Ledang. Analisis dilakukan dengan menggunakan pendekatan pragmatik, iaitu konsep ad hoc dalam teori relevans dan dikukuhkan dengan pendekatan Rangka Rujuk Silang, manakala data yang digunakan diambil daripada teks Sulalatus Salatin (1997). Dapatan kajian menunjukkan bahawa mitos Puteri Gunung Ledang dicipta untuk menyampaikan kritikan rakyat terhadap sikap golongan raja pada zaman tersebut. Makna sebenar metafora kritikan hanya dapat diinterpretasi melalui analisis pragmatik yang berpada. Hasil kajian juga menemukan alasan sebab kritikan tersebut tidak disampaikan secara langsung. Melalui kajian bersifat teoretis yang dilakukan, didapati pengarang Melayu tradisional merupakan intelek yang mampu menitipkan mesej penting secara kiasan melalui mitos yang dijalinkan bersama-sama sejarah.

Kata kunci: metafora, kritikan, mitos, teori relevans, pragmatik

Biografi Pengarang

  • Nor Hashimah Jalaluddin, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Pengarah ATMA

  • Maizura Osman, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-01-01