Reka Cipta Sistem Bilangan Perpuluhan Malayonesia dalam Bahasa Melayu Mendahului Sistem Bilangan Perpuluhan dalam Bahasa Inggeris

(The Malayonesian Decimal Number System in Malay Preceded the Decimal System Introduced Through the English Language)

Pengarang

Abstrak

Tamadun Malayonesia yang sarjananya menggunakan bahasa Melayu sebagai pengungkap kecendekiawanannya, terutama pada zaman Islam masih belum diiktiraf kewujudannya oleh sarjana Barat kerana ketiadaan bukti pencapaiannya yang tinggi dalam sains dan teknologi. Dalam usaha memperbaik keadaan ini, penyelidikan dan ekskavasi ilmu dilakukan sejak 1990-an bagi memperoleh unsur sains yang asli dalam bahasa Melayu dan terkehadapan daripada bangsa lain yang sezamannya, terutama Inggeris. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa sistem bilangan dalam bahasa Melayu bukan sahaja semuanya berasaskan perpuluhan tetapi juga dicipta lebih awal daripada sistem bilangan dalam bahasa Inggeris, bahkan antara yang tertua di dunia. Hal ini bertentangan dengan kepercayaan dunia yang selama ini menganggap sistem bilangan perpuluhan ciptaan tamadun Hindu, Islam atau Khmer Lama.

Kata kunci: sains dan matematik Melayu, sejarah sains dan matematik Malayonesia, etnosains dan etnomatematik Melayu, etnosains dan etnomatematik Malayonesia

Biografi Pengarang

  • Shaharir Mohamad Zain, Universiti Malaya

    Pusat Dialog Peradaban

  • Zahrin Affandi Mohd., Universiti Malaya

    Pusat Dialog Peradaban

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-01-01