Santau dan Masyarakat Melayu: Analisis dari Perspektif Akidah Islam
(Santau and Malay Society: An Analysis from the Perspective of Islamic Aqidah)
Abstrak
Amalan santau telah dipraktiskan sejak zaman dahulu lagi. Sebahagian daripada amalan tersebut merupakan juzuk daripada ilmu sihir atau ilmu hitam yang pada asasnya dipelajari khusus untuk kepentingan diri dan keluarga. Namun begitu, amalan santau sudah berubah fungsinya disebabkan berlaku perubahan dalam realiti keilmuan, suasana dan cara pemikiran. Keadaan yang berlaku pada masa ini, ilmu santau yang dipelajari untuk merosakkan kehidupan dan menganiayai orang lain. Meskipun, amalan tersebut sudah berkurangan disebabkan kesedaran agama, namun masih lagi wujud dalam masyarakat Melayu. Makalah ini cuba memerihalkan santau dalam kalangan masyarakat Melayu. Kawasan Santan, Perlis dijadikan lokasi kajian kerana pernah menjadi tempat tumpuan ilmu dan pengamalannya. Di samping itu, tujuan kajian juga adalah untuk melihat perbahasan akidah terhadap santau ini menurut perspektif al-Quran dan al-Sunnah.
Kata kunci: santau, sihir, akidah, Perlis, masyarakat Melayu
