Tafsir Nur al-Ihsan oleh Syeikh Muhammad Sa'id: Suatu Bacaan Intertekstual

(Syeikh Muhammad Sa'id's Tafsir Nur Al-Ihsan: An Intertextual Reading)

Pengarang

Abstrak

Tafsir Nur al-Ihsan merupakan tafsir kedua selepas Tarjuman al-Mustafid yang ditulis dalam bahasa Melayu pada abad ke-19 Masihi oleh Syeikh Muhammad Sa'id bin Umar. Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengesan dan memperlihatkan pengaruh sumber teks luar yang terdapat dalam teks Tafsir Nur al-Ihsan. Proses menganalisis Tafsir Nur al-Ihsan menggunakan kaedah bacaan intertekstual yang diasaskan oleh Mikhail Bakhtin dan dikembangkan huraian dan penganalisisannya oleh Julia Krestiva. Dari sudut metodologi penyelidikan, kajian ini berbentuk kajian kepustakaan dan juga lapangan yang menggunakan pendekatan subjektif bagi melihat data secara deskriptif dan kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat sebelas buah karya yang telah mempengaruhi intipati teks Tafsir Nur al-Ihsan, iaitu Tafsir al-Jalalyn, Tafsir al-Jamal, Tafsir al-Baydawi, Tafsir al-Khazin, Tafsir al-Baghawi, Tafsir al-Tabari, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Razi, Tafsir al-Nasafi, Tafsir Ibn Kathir, dan Tafsir al-Tha'labi. Dapatan analisis juga membuktikan bahawa karya yang mendominasi Teks Tafsir Nur al-Ihsan ialah Tafsir al-Jalalyn, manakala prinsip kaedah bacaan intertekstual yang paling kerap teraplikasi ialah kaedah paralel.

Kata kunci: dialogisme, sejarah, Tafsir Nur al-Ihsan, bacaan intertekstual, prinsip intertekstual

Biografi Pengarang

  • Mohd Sholeh Sheh Yusuff, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

  • Mohd Nizam Sahad, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

  • Siti Hajar Che Man, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2014-01-01