Kosmologi dan Nilai Kepahlawanan dalam Sastera Epik Takna' Lawe' Komuniti Kayan Kalimantan Barat
(Cosmology and Heroic Values in the Takna' Lawe' Epic of the Kayan Community of West Kalimantan)
Abstrak
Polemik sejarah kosmologi sosiopolitik Melayu tidak pernah terhenti, malahan sentiasa menimbulkan ruang perdebatan baharu dalam kalangan sarjana sama ada dari aspek konsep, idea dan cabarannya. Perdebatan sering mengaitkan peranan agama Islam sebagai nilai asas untuk membentuk ciri inklusif kosmologi sosiopolitik Melayu. Sehubungan dengan itu, makalah ini membincangkan kerangka pembinaan, interaksi dan tahap pengukuhan Islam dalam kosmologi sosiopolitik Melayu berdasarkan analisis sejarah. Turut dibahaskan juga pandangan yang bertentangan dalam kalangan sarjana orientalis yang mengkaji kosmologi Melayu berdasarkan kerangka pemikiran kolonial. Kemunculan pemikiran selain Islam seperti ideologi sekular dan sosialis dalam weltanschauung kosmologi Melayu-Islam turut memberikan kesan kepada masyarakat Melayu. Sistem sosial dalam kosmologi Melayu mula terhakis dan kesannya melahirkan bangsa Melayu yang berbeza prinsip dan fahaman berbanding dengan bangsa Melayu terdahulu yang mementingkan nilai persaudaraan Islamiyah.
Kata kunci: kosmologi, Melayu, Islam, tradisi, pembaratan
