Sumbangan Lembah Bujang terhadap Industri Besi di Malaysia

(The Contributions of Lembah Bujang to the Iron Industry in Malaysia)

Pengarang

Abstrak

Zaman besi mewakili salah satu zaman logam dalam kebudayaan prasejarah, iaitu selepas zaman paleolitik, mesolitik dan neolitik. Walau bagaimanapun, bukti zaman besi prasejarah di Malaysia sangat sedikit dan tidak lengkap. Bukti terawal di Malaysia hanya ditemui dalam bentuk artifak besi di Gua Batu Kurau, Perak, yang berusia 1300 tahun dahulu. Hampir kesemua penemuan menjumpai artifak besi yang telah siap, kecuali di tapak Santubong, Sarawak dan Tembeling, Pahang yang ditemui bukti adanya peleburan, namun asosiasinya tidak jelas. Oleh itu, semua penemuan awal tersebut mempunyai isu pentarikhan dan kronologi, malah terdapat isu peleburan dan teknologi. Keadaan ini menyebabkan pengetahuan tentang zaman besi di Malaysia sangat longgar. Walau bagaimanapun, mulai tahun 2009, pengetahuan tentang besi negara dilengkapkan dengan data dari tapak Sungai Batu, Kedah. Pendekatan kaedah arkeogeologi dan analisis saintifik besi mendedahkan wujudnya bengkel peleburan besi sejak 535 Sebelum Masihi. Penemuan bengkel ini sangat penting untuk mengetahui asas industri besi negara dan urutan kronologinya. Oleh itu, artikel ini membincangkan sumbangan Sungai Batu terhadap industri besi negara.

Kata kunci: tapak Sungai Batu, Kedah, peleburan besi, arkeogeologi

Biografi Pengarang

  • Mokhtar Saidin, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Penyelidikan Arkeologi Global

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-07-01