Analisis Saintifik Sampel dari Tapak Arkeologi Sungai Batu, Kedah Menggunakan Aplikasi Sinar-X

(Scientific Analysis of Samples from Sungai Batu Archaeological Site, Kedah using X-Ray)

Pengarang

Abstrak

Pendekatan saintifik dalam penyelidikan arkeologi menjadi suatu keperluan untuk membantu interpretasi data arkeologi pada masa ini. Aplikasi Sinar-X dalam pencirian sesuatu bahan sangat membantu ahli arkeologi untuk mengetahui bahan mentah yang asal dan teknologi yang digunakan, serta cara pembuatannya. Makmal Pencirian Bahan Bumi (MPBB), Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM mempunyai peralatan Mikrosokop Pengimbas Elektron (Scanning Electron Microscope - SEM), Pendaflour Sinar-X (X-Ray Flourescence - XRF), dan Belauan Sinar-x (X-Ray Diffraction - XRD) yang dapat menganalisis kandungan kimia dan mineral sampel arkeologi secara kualitatif dan kuantitatif. Artikel ini membincangkan lebih lanjut jenis analisis dan aplikasinya yang dapat dibuat terhadap beberapa sampel arkeologi dari Tapak Arkeologi Sungai Batu, Kedah.

Kata kunci: sinar-x, SEM, XRD, XRF

Biografi Pengarang

  • Abdul Mutalib Abdullah, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Penyelidikan Arkeologi Global

  • Ahmad Fadly Jusoh, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Penyelidikan Arkeologi Global

  • Mohd. Sairul Ramle, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Penyelidikan Arkeologi Global

  • Mokhtar Saidin, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Penyelidikan Arkeologi Global

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-07-01