Paleoalam di Tapak Paleolitik Bukit Bunuh: Analisis Geomorfologi

(The Palaeoenvironment in Palaeolithic Bukit Bunuh: A Geomorphological Analysis)

Pengarang

Abstrak

Penyelidikan arkeologi yang dijalankan di bahagian barat Kompleks Bukit Bunuh pada tahun 2008-2010 menemukan dua tapak Paleolitik terbuka yang berfungsi sebagai bengkel pembuatan alat batu Paleolitik. Bengkel tersebut berlangsung sekitar 270 000 - 320 000 dan 490 000-550 000 tahun dahulu. Bagi mengetahui adaptasi masyarakat paleolitik terhadap persekitaran, maka kajian pembinaan paleoalam dijalankan. Kajian tersebut melibatkan interpretasi terhadap geomorfologi. Hasil gabungan kajian tersebut menemukan bukti kewujudan tasik kuno Chenderoh semasa tapak ini diduduki. Tasik kuno ini ialah tasik yang sama wujud semasa tapak paleolitik lain di Lenggong dihuni, iaitu tapak Kota Tampan, Temelong dan Bukit Jawa. Namun, paras tasik kuno tersebut didapati berubah-ubah akibat dipengaruhi oleh sekatan natural terhadap sungai di sekitar Lenggong. Berdasarkan kajian pembinaan paleoalam, didapati masyarakat paleolitik pleistosen pertengahan di Bukit Bunuh turut beradaptasi dengan tasik, iaitu merupakan sekitaran yang menjadi pilihan masyarakat paleolitik di rantau ini kerana tasik menyediakan sumber air, makanan dan bahan mentah demi kelangsungan hidup.

Kata kunci: paleolitik, Bukit Bunuh, paleoalam, geomorfologi, tasik kuno, adaptasi

Biografi Pengarang

  • Nor Khairunnisa Talib, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Penyelidikan Arkeologi Global

  • Mokhtar Saidin, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Penyelidikan Arkeologi Global

  • Jeffrey Abdullah, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Penyelidikan Arkeologi Global

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-07-01