Alam Melayu dari Sudut Pandangan Penulis Wanita Kolonial

(Women Colonial Writers and Their View of the Malay World)

Pengarang

Abstrak

Artikel membincangkan sudut pandangan yang dikemukakan oleh penulis wanita pada zaman kolonial seperti Margaret Brooke (The Ranee of Sarawak) menerusi hasil tulisannya My Life in Sarawak (1913), Emily Innes menerusi karya The Chersonese With the Gilding Off (1885) dan Isabella Bird menerusi karya The Golden Chersonese and the Way Thither (1883). Ketiga-tiga karya ini ditulis semasa era pemerintahan British di Sarawak dan Tanah Melayu, sesuai dengan peranan Innes dan Bird sebagai isteri pegawai kolonial British di Tanah Melayu, serta Brooke sebagai isteri Raja Putih Sarawak. Sudut pandangan ketiga-tiga penulis terhadap nilai kehidupan Timur, orang Melayu dan ketamadunannya menampakkan perbezaan persepsi, ditambah pula dengan faktor latar belakang ekonomi dan status dalam masyarakat seperti yang dikemukakan oleh Sara Mills (2002). Kajian ini cuba membuktikan hasil penulisan para penulis tidak seragam (homogeneous) dan bersatu (unified) sesama mereka, malahan berselisih pendapat tentang beberapa perkara, terutamanya sudut pandangan mereka tentang polisi Kerajaan British di Tanah Melayu.Kata kunci: kolonial, Sarawak, ranee, Melayu, Sarah Mills

Rujukan

Bird, I. L. (2010). The Golden Chersonese and the way thither.

Cambridge: Cambridge University Press

Brooke, L. M., B. (n.d.). My life in Sarawak. Retrieved June 26, 2016,

from https://archive.org/stream/cu31924021573468#page/n105/mode/2up

Emily Innes & Tunku Panglima Raja 1885. (n.d.). Retrieved June 23, 2016,

from http://historianlodge.historiansecret.com/?p=1006

Innes, E. (n.d.). The Chersonese with the Gilding Off. Retrieved June 20, 2016,

from https://archive.org/stream/chersonesewithg00emilgoog#page/n283/mode/2up

Mills, S. (1991). Discourses of difference: An analysis of women's travel writing

and colonialism. London: Routledge.

Said, E. W. (1979). Orientalism. New York: Vintage Books.

.

Sulaiman Noordin. 1999. Sejarah pemikiran II. Bangi: Pusat Pengajian Umum, UKM.

Muat turun

Diterbitkan

2019-01-11