Penggunaan kata ganti nama 'dia' dan 'kita' dalam pertuturan kanak-kanak Melayu: satu analisis pragmatik

Authors

  • Zaitul Azma Zainon Hamzah Universiti Putra Malaysia, Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan kata ganti nama 'dia' dan 'kita'dalam pertuturan kanak-kanak Melayu. Sampel kajian (KGND) adalah terdiri daripada 25 orang kanak-kanak Tabika Kemas di kawasan Serdang. Hasil kajian menunjukkan terdapat kekaburan dalam penggunaan KGND 'dia' dan 'kita' dalam pertuturan kanak-kanak Melayu. KGND 'dia' digunakan untuk merujuk orang ketiga, [ +manusia], iaitu sebanyak 95 daripada 135 ujaran atau 70.4 peratus yang menggunakan KGND 'dia'. Manakala dalam konteks yang relevan, KGND 'dia' boleh merujuk kepada benda lain yang bukan manusia, [-manusia], iaitu sebanyak 40 daripada 135 ujaran atau 29.6 peratus. Kekaburan dalam penggunaan KGND 'kita' timbul apabila kanak-kanak menggunakannya dalam konteks yang berbeza. 'Kita' sebagai KGND pertama digunakan untuk menunjukkanjamak, iaitu sebanyak 110 daripada 144 ujaran atau 76.4 peratus. Di samping itu, sampel juga menggunakan 'kita' sebagai KGND pertama mufrad iaitu sebanyak 34 daripada 144 ujaran atau 23.6 peratus. Kekaburan penggunaan KGND 'dia' dan 'kita' ini dapat diselesaikan derigan menggunakan Rangka Rujuk Silang (RRS) yang terkandung dalam teori relevan.

Author Biography

  • Zaitul Azma Zainon Hamzah, Universiti Putra Malaysia, Malaysia

    BAHAGIAN MAJALAH (MAGAZINE DEPARTMENT)

    PERANCANG BAHASA (LINGUISTICS OFFICER)

References

Downloads

Published

2022-12-23