Lakuan Bahasa dalam Perkhidmatan Pelancongan di Tasik Toba

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/jb25(2)no7

Abstrak

Kerajaan Indonesia menetapkan Tasik Toba sebagai satu daripada destinasi pelancongan kebangsaan dengan status super prioriti, iaitu kawasan yang mendapat perhatian khusus dalam program pembangunan pelancongan. Seiring dengan kedudukan ini, peningkatan mutu perkhidmatan pelancongan menjadi aspek penting, termasuklah dalam penggunaan lakuan bahasa oleh penyedia perkhidmatan. Kajian ini dilakukan untuk menganalisis lakuan bahasa dalam laras bahasa perkhidmatan pelancongan di kawasan Tasik Toba dengan menggunakan teori lakuan bahasa yang dikemukakan oleh Searle (1969). Data kajian diperoleh daripada interaksi komunikasi dalam tiga sektor perkhidmatan pelancongan, iaitu penginapan, penjualan cenderamata dan restoran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sektor penginapan memperlihatkan tiga kategori lakuan bahasa, iaitu lakuan direktif, lakuan asertif dan lakuan ekspresif, dengan empat fungsi lakuan bahasa. Sektor penjualan cenderamata pula memperlihatkan empat kategori lakuan bahasa, iaitu lakuan direktif, asertif, ekspresif dan komisif, dengan enam fungsi lakuan bahasa. Sektor restoran turut memperlihatkan empat kategori lakuan bahasa yang sama, namun dengan lapan fungsi lakuan bahasa. Semua fungsi ini penting untuk memperkukuh keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan meningkatkan pengalaman pelancong di Tasik Toba.

Kata kunci: Lakuan bahasa, laras bahasa, pragmatik, perkhidmatan pelancongan, Tasik Toba, komunikasi pelancongan

Teks penuh: PDF

Rujukan

Diterbitkan

2025-11-28