Tipologi Toponimi Bahasa Melayu di Bengkalis
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb25(1)no6Abstrak
Toponimi merupakan suatu bidang yang mengkaji nama tempat, misalnya nama jalan, kampung, daerah, bandar dan negeri. Proses penamaan tempat lazimnya berkait dengan nama geografi atau topografi. Kajian ini tertumpu pada nama tempat yang terdapat di Bengkalis, iaitu sebuah pulau yang terletak di provinsi Riau. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui ketahanan atau kelangsungan bahasa Melayu melalui nama tempat di Bengkalis. Analisis toponimi dilakukan secara tipologi linguistik, iaitu pengklasifikasian bahasa berdasarkan ciri struktural yang terdapat pada nama sesuatu tempat. Data kajian dikumpulkan menggunakan kaedah ekstensif, iaitu penggunaan peta dan pengutipan data di lapangan dengan cara mengambil foto dan mencatat nama kedai, jalan, masjid dan kampung di kawasan urban dan rural Bengkalis. Proses pengambilan foto dilakukan berdasarkan titik kordinat yang terdapat pada
Google Maps. Hasil kajian menunjukkan bahawa nama tempat di Bengkalis memperlihatkan ciri bahasa aglutinatif, iaitu menggunakan bentuk kata tunggal (Pusara, Bhakti), kompleks (Mekar Jaya, Harian Makmur), derivatif (Al-Muslihin, Desa Penebal) dan kata majmuk (Jl. Putra Jaya, Desa Sukamaju). Sebahagian nama masjid menggunakan bahasa Arab, sementara nama jalan, lorong dan toko cenderung menggunakan bahasa Melayu, selain bahasa Jawa dan bahasa Cina. Hal ini memberikan gambaran bahawa bahasa Melayu dominan digunakan untuk pelbagai nama tempat sebagai satu cara petunjuk identiti kemelayuan di Bengkalis.
Kata kunci: Toponimi, Bengkalis, tipologi, aglutinatif, Melayu, identiti
Teks penuh: PDF
Rujukan
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
