Pengkonsepsian Makna Kata Kerja dalam Subdialek Kedah
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb24(2)no6Abstrak
Dialek terbentuk disebabkan oleh wujudnya persempadanan ruang geografi kawasan tempat tinggal penutur. Melalui persempadanan inilah wujudnya pelbagai dialek tempatan, seperti dialek Kedah, dialek Pahang, dialek Kelantan dan dialek Terengganu. Begitu juga keadaannya dengan subdialek negeri masing-masing. Kajian yang berkaitan dengan dialek Kedah sering difokuskan oleh sarjana, tetapi tertumpu pada linguistik dan sosiolinguistik. Oleh itu, pengkaji mengenal pasti dan mengkonsepsikan makna kata kerja terpilih, iaitu “bercerau”, “berceretet”, “berkenjah” dan “berjabu” dalam dialek Kedah (Kedah Utara, Kedah Tengah dan Kedah Selatan). Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual dan gaya daftar kata yang dikemukakan oleh Asmah Haji Omar (2001). Temu bual dilakukan secara berstruktur dan tidak berstruktur, manakala gaya daftar kata digunakan untuk memaknakan dan mengkonsepsikan kata kerja tersebut terpilih dalam dialek Kedah. Dapatan menunjukkan bahawa kata kerja terpilih tersebut dikonsepsikan dengan makna yang berbeza-beza berdasarkan pengalaman penutur dan kawasan tempat tinggalnya. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat makna kata kerja yang dikongsi bersama dan menjadi milik eksklusif penutur di kawasan tersebut. Kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan dalam pendokumentasian khazanah dialek Kedah sebagai dialek yang unik.
Kata kunci: Dialek, dialek Kedah, subdialek Kedah, kata kerja, linguistik Melayu, pengkonsepsian makna
Teks penuh: PDF
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
