Rupa Paras Kulit "Gelap" Berdasarkan Perlambangan Tumbuhan: Analisis Semantik Inkuisitif
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb24(1)no2Abstrak
Kecantikan rupa paras dan fizikal seseorang sering dikaitkan dengan warna kulit. Pandangan dan penilaian masyarakat kontemporari secara umumnya terhadap orang yang berkulit gelap ialah individu yang tidak memiliki rupa paras yang cantik dan tidak menawan, lebih-lebih lagi bagi perempuan. Oleh itu, kajian ini mengetengahkan perlambangan tumbuhan yang dikaitkan dengan rupa paras kulit "gelap". Metodologi kajian ini bersifat kualitatif yang sumber datanya ialah data sekunder daripada buku himpunan pantun Kurik Kundi Merah Saga. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah semantik inkuisitif yang dilihat dapat merungkai tanggapan masyarakat terhadap penggunaan perlambangan tumbuhan dalam pantun bagi menzahirkan pandangan dan pemikiran masyarakat Melayu terdahulu tentang kulit “gelap”. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa perlambangan yang mengaitkan tumbuhan mempunyai nilai, pemikiran dan falsafah yang positif, serta menzahirkan tahap keintelektualan masyarakat Melayu terdahulu. Sebagai contoh, baris pantun "hitam-hitam si tampuk manggis, sungguh hitam ku pandang manis" mengaitkan fizikal orang berkulit gelap, tetapi masih disenangi dan indah untuk dilihat oleh orang keliling. Tambahan pula, perlambangan dalam prosa tradisional, seperti pantun Melayu, mempunyai hubungan yang erat dengan kegiatan dan kehidupan seharian masyarakat. Kajian ini dilihat dapat meluaskan lagi ruang lingkup penganalisisan dan kajian yang melibatkan prosa tradisional, seperti pantun Melayu.
Kata kunci: Tanggapan, kecantikan, semantik inkuisitif, falsafah, pantun, akal budi
Teks penuh: PDF
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
