Skopos dan Strategi Terjemahan Semula Kampung Boy dalam Bahasa Jepun
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb24(2)no3Abstrak
Pengkaji membincangkan implikasi terjemahan semula novel grafik Kampung Boy dalam bahasa Jepun. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri teks terjemahan Kampung Boy dalam bahasa Jepun dan menentukan kedudukannya dalam industri terjemahan di Jepun. Dalam kajian ini, pengkaji membandingkan teks terjemahan antara edisi pertama dengan edisi terbaharu teks tersebut. Teks asal turut dirujuk apabila sesuatu bahagian menimbulkan gambaran yang berbeza antara kedua-dua edisi tersebut. Menerusi kajian ini, didapati bahawa perbezaan teks terjemahan dipengaruhi oleh perbezaan bahasa sumber dan perbezaan Skopos. Edisi pertama yang diterjemahkan daripada teks berbahasa Inggeris cenderung kepada penghuraian yang lebih eksplisit disebabkan oleh budaya konteks yang rendah. Edisi terbaharu yang diterjemahkan daripada teks berbahasa Melayu pula menunjukkan ekspresi yang lebih implisit disebabkan oleh budaya konteks yang tinggi. Dari segi perbezaan Skopos, edisi pertama menitikberatkan unsur nostalgia, manakala edisi terbaharu menambah nilai akademia. Oleh itu, edisi pertama menggunakan bahasa yang mudah dengan strategi berunsur tempatan, sedangkan edisi terbaharu menggunakan bahasa yang sederhana dengan lebih memfokuskan unsur asing. Dalam erti kata lain, edisi pertama mementingkan kelancaran bahasa dengan menggugurkan, meringkaskan atau menggantikan unsur budaya tradisional Melayu. Sebaliknya, edisi terbaharu mengekalkan konteks asal dengan mengisi kekosongan leksikon dan menambah keterangannya.
Kata kunci: Strategi terjemahan, terjemahan semula, Kampung Boy, edisi bahasa Jepun, bahasa sumber, Skopos
Teks penuh: PDF
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
