Analisis Makna dalam Lirik Lagu Dato' Jamal Abdillah
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb24(1)no4Abstrak
Bahasa mempunyai hubungan yang sangat erat dengan masyarakat kerana setiap masyarakat perlu saling berhubung antara satu dengan lain. Bahasa juga merupakan alat komunikasi yang paling berkesan untuk menyampaikan makna, terutamanya dalam lagu. Hal ini dikatakan demikian kerana penulis lirik lagu memerlukan bahasa untuk menyampaikan makna yang difahami oleh pendengar. Setiap lirik lagu menggambarkan bentuk pemikiran penulisnya. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis jenis makna dalam lirik lagu Dato' Jamal Abdillah. Menerusi kajian ini, penulis mengenal pasti, sama ada semua jenis makna terdapat dalam setiap lagu atau mengandungi beberapa jenis makna sahaja. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif, iaitu analisis teks. Pengkaji menganalisis makna dalam lirik lagu berlandaskan jenis makna yang dikemukakan oleh Leech (1974). Dalam penelitian ini, ketujuh-tujuh jenis makna ditemukan dalam lirik lagu Dato' Jamal Abdillah. Jenis makna yang banyak ditemukan dalam lirik lagu Dato' Jamal Abdillah ialah makna konseptual, makna afektif dan makna tematik. Semua jenis makna ini digunakan dalam lirik lagu dengan tujuan tertentu. Contohnya, makna tematik digunakan untuk memberikan penekanan terhadap sesuatu kata. Oleh sebab kata yang digunakan oleh penulis lirik lagu Dato' Jamal Abdillah ini sangat mudah difahami, pembaca dapat menghayati dan memahami pesanan yang disampaikan oleh penulis dengan jelasnya.
Kata kunci: Bahasa, makna, lirik, lagu, jenis makna, penulis lirik
Teks penuh: PDF
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
