Model Hibrid Baharu oleh Stover (2010): Satu Mekanisme Penginterpretasian Metafora yang Bermodular
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb24(1)no6Abstrak
Perkembangan kajian yang berkaitan dengan metafora memperlihatkan penerokaan pelbagai aspek, termasuklah kajian tentang prosedur penginterpretasian metafora. Kajian sebegini menumpukan kaedah yang dapat digunakan oleh pengkaji untuk mencungkil maksud tersirat. Hasilnya, muncul pelbagai prosedur penginterpretasian metafora yang digagaskan oleh sarjana dengan ciri dan kaedah yang tersendiri. Oleh itu, objektif makalah ini adalah untuk menghuraikan dan memperincikan kerangka Model Hibrid Baharu oleh Stover (2010) dengan menumpukan pengoperasian Model Proses Tiga Serangkai sebagai satu mekanisme penginterpretasian metafora yang bercirikan inklusif dan bermodular. Sungguhpun terdapat kajian lepas yang mengaplikasikan Model Hibrid Baharu yang melibatkan ketiga-tiga proses dalam Model Proses Tiga Serangkai, proses penginterpretasian makna metafora itu dilihat tidak menepati gagasan idea yang dikemukakan oleh Stover (2010). Menyedari kepentingan mempolemikkan isu ini, makalah ini mengambil tanggungjawab untuk membincangkan prosedur penginterpretasian metafora berdasarkan Model Hibrid Baharu dengan memfokuskan pengoperasian Model Proses Tiga Serangkai yang melibatkan peringkat demi peringkat. Oleh itu, ungkapan metafora "api" yang dijana daripada Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka dimanfaatkan sebagai bahan kajian. Ternyata, perbincangan tentang Model Hibrid Baharu adalah signifikan bagi memastikan kesahan maklumat daripada sumber primer dapat dipelihara dan menyebarluaskan ilmu yang berkaitan dengan bidang linguistik kognitif dan pragmatik. Makalah ini juga diharapkan dapat dijadikan panduan oleh pengkaji akan datang untuk menginterpretasikan maksud metafora kerana pelbagai input yang memanifestasikan keunggulan pemikiran Melayu dapat diserlahkan secara empiris.
Kata kunci: Kognitif, metafora api, Model Hibrid Baharu, pemikiran Melayu, prosedur penginterpretasian, Hanna Stover
Teks penuh: PDF
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
