Pelestarian Dialek Kelantan di Besut dan Kaitannya dengan Pembentukan Jati Diri

(The Preservation of the Kelantanese Dialect in Besut and Its Connection with Identity Formation)

Pengarang

Kata kunci:

dialek Kelantan, negeri Terengganu, Besut, masyarakat Besut, jati diri.

Abstrak

Masyarakat Besut ialah masyarakat di negeri Terengganu yang menuturkan dialek Kelantan sebagai dialek asas mereka. Oleh sebab bahasa (dialek) memainkan peranan penting untuk menggambarkan keperibadian dan jati diri sesebuah masyarakat penutur, maka kajian ini bertujuan menghubungkaitkan dialek dengan jati diri masyarakat Besut. Bagi mencapai objektif tersebut, kerangka teori pembentukan jati diri yang diubah suai daripada Abdullah Hassan, Hipotesis Sapir-Whorf dan teori gelombang telah digunakan dalam kajian ini. Sebanyak 120 orang responden Melayu di Besut telah dipilih untuk mendapatkan data melalui soalan soal selidik. Kemudian, data tersebut dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan dialek adalah tidak muktamad dalam penetapan jati diri mereka. Selain bahasa, terdapat beberapa faktor lain yang boleh membentuk jati diri sesebuah masyarakat, termasuklah budaya, geografi, leluhur, dan agama. Kajian ini memberikan gambaran sebenar tentang perihal jati diri masyarakat penutur dialek Kelantan di Besut.

Kata kunci: dialek Kelantan, negeri Terengganu, Besut, masyarakat Besut, jati diri

Biografi Pengarang

  • Siti Rahimah Mustaffa, Universiti Putra Malaysia

    Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

  • Raja Masittah Raja Ariffin, Universiti Putra Malaysia

    Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

  • Adi Yasran Abdul Aziz, Universiti Putra Malaysia

    Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

  • Mohd Sharifudin Yusop, Universiti Putra Malaysia

    Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-01-25