Keberkesanan Penerapan Gaya Pemelajaran Sistem 4MAT dalam Pengajaran dan Pemelajaran Kefahaman Membaca

Pengarang

  • Fadzilah Abdul Rahman

Abstrak

Kajian eksperimental ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan Sistem 4MAT berbanding pendekatan tradisional dalam pengajaran dan pemelajaran kefahaman membaca bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan 60 pelajar sekolah menengah yang dipilih secara rawak berlapis. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sistem 4MAT lebih berkesan daripada pendekatan tradisional; pelajar yang didedahkan dengan sistem 4MAT jelas menghasilkan pencapaian min pascaujian yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang didedahkan dengan pendekatan tradisional.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2002-06-03