Peranan kohesi dalam membina ketekstualan teks berita Arab dalam talian
Abstrak
Alaf baru menyaksikan era globalisasi yang memperlihatkan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta teknologi multimedia ke seluruh dunia. Teknologi ini meresap ke dalam segenap bidang termasuk bidang bahasa. Segala maklumat dan berita kini boleh diperoleh dan dilayari secara dalam talian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Senario ini telah berjaya menganjak paradigma baharu untuk berinteraksi dengan media berbahasa Arab dengan memperkenalkan kaedah dan strategi terkini kepada pelajar dan pengamal bahasa Arab di Malaysia. Justeru, adalah penting bagi setiap teks berita dalam media Arab dalam talian mempraktikkan dan mempamerkan beberapa piawai ketekstualan tertentu bagi menghasilkan makna teks yang kontekstual, tersusun dan difahami pengguna bahasa Arab. Piawai ketekstualan berita yang paling penting ialah kohesi. Berdasarkan telahan tersebut, makalah ini cuba mendeskripsikan aspek kohesi yang boleh membina pertalian linguistik antara unsur dengan unsur atau bahagian dengan bahagian dalam teks berita secara terperinci, sekali gus memberikannya taraf wacana yang berciri mesra-konteks.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
