Teori semiotik: tanda bahasa dan wacana sastera

Pengarang

Abstrak

Semiotik dianggap sebagai teori yang penting dalam wacana bahasa dan sastera. Sejarahnya bermula daripada pemikiran Ferdinand de Saussure dan kemudiannya dikembangkan oleh Charles Sanders Pertee dalam memahami bahasa dan teks-teks sastera. Dasar utama semiotik ialah aspek signification, signifier dan signified. lnterpretasi dan kognisi semiotik dalam zaman moden mengarah kepada pencarian suatu makna. Pencarian satu makna ini telah berubah pada zaman pascamoden dengan menyatakan bahawa tanda mempunyai polimakna atau bersifat plural dan tidak tetap. Dalam dunia penuh dengan tanda-tanda terkini, semiotik sebagai kaedah pemaknaan sangat fungsional dalam wacana pembahasaan dan kesusasteraan.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2001-06-04