Penerapan kata ganda dalam kamus-kamus Melayu
Abstrak
Kajian yang menggunakan pendekatan deskriptif perbandingan ini bertujuan untuk mencari titik persamaan dan perbezaan pengendalian kata ganda antara beberapa buah kamus Melayu. Kajian secara interteks ini memilih Kamus Wilkinson, Kamus Windstedt, Kamus Dewan (KD) dan Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) atas dasar peranannya sebagai sebuah kamus ekabahasa berwibawa yang menjadi pegangan dan rujukan utama dari aspek kebahasaan dan kosa kata. Kajian ini memberi fokus kepada dua aspek penting iaitu penulisan kata ganda dan pola penerapannya dalam kamus. Pola penerapannya mencakup status masukan kata ganda dalam kamus sama ada bersifat lema, prakategori, sublema, rangkai kata, variasi, dan rujuk silang. Ini termasuklah pola setara dan tidak setara yang wujud dalam kata dan terbitan kata yang mengalami penggandaan serta pengertian longgar tentang status kata ganda yang dikacaukan sebagai gabungan kata atau kata majmuk dalam kamus. Di samping itu disentuh juga pemerian makna yang menampilkan beberapa keunikan, terutamanya untuk kata ganda yang berasosiasi dan berkorelasi maknanya yang jelas berbeza daripada dapatan data korpus. Dengan memanfaatkan beberapa teori linguistik dan sumber korpus, kajian ini cuba menampilkan beberapa dapatan yang mencetuskan ketidakseragaman dan kerancuan dalam kamus-kamus tersebut. Beberapa cadangan telah diajukan dan semuanya mengacu kepada usaha memberi input pen ting kepada dunia leksikografi Melayu dan sekali gus memantapkan kegiatan kodifikasi bahasa, terutamanya dalam rangka kerja menobatkan kamus ekabahasa Melayu/Indonesia di pentas dunia.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
