Variasi sosial sebutan bahasa Melayu: kajian sosiofonologi di sekolah
Abstrak
Makalah ini ingin memperlihatkan bahawa sebutan bahasa Melayu sebenamya tertakluk kepada variasi sosial tertentu. Namun begitu, makalah ini juga berkaitan soal 'sebutan baku' memandangkan dalam bahasa Melayu standard, soal tersebut merupakan soal yang tidak dapat dielakkan. Pembuktiannya melalui kajian sosiofonologi di sekolah. Dua pemboleh ubah sosial yang diberi perhatian ialah gaya bahasa dalam tiga situasi formal dan faktor kenatifan penutur. Empat pemboleh ubah fonologi yang diteliti amalannya dalam gaya bahasa dan oleh penutur berkenaan ialah (a), (r), (i), dan (u). Secara umum didapati realisasi amalan keempat-empat pemboleh ubah fonologi tersebut oleh subjek adalah berbeza-beza, tertakluk kepada gaya bahasa tertentu. Waiau bagaimanapun, pemboleh ubah kenatifan didapati tidak mempengaruhi penggunaan pemboleh ubah fonologi berkenaan secara ketara, kecuali (r). Dapatanjuga menunjukkan wujudnya fenomena sebutan baku hanya agak berjaya dalam gaya bahasa berteks, kedwikelainan sebutan standard, dan kehadiran faktor kealamiahan sebutan dalam amalan penutur. Dirumuskan bahawa pengekabakuan sebutan bahasa Melayu yang berlaku kini merupakan penafian kewujudan variasi sosial dalam amalan penutur bahasa Melayu.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
